Thursday, April 14, 2011

luahkan perasaan

hari ni emosi sikit rasanya. nak tulis status kat fb tapi serba salah. kenapa? sebab rasa macam tak patut tapi nak luahkan juga. salah ke? jadi luah kan kat sini je la. tak pe kan?..

emm...sebenarnya, tak berapa nak suka approve orang yang sama dua kali. oh, bukan account yang berbeza, tapi account yang sama. yela, dulu dah approve, lepas tu kena delete..i mean, bila kau dah delete orang tu tiba2 kau nak friend balik dengan orang tu, apa kes kan? dunia oh dunia..

tak kesah la orang tu sape pon, sedara ke, kawan ke or sape2 je la..memang tak suka macam tu. kau dah pernah delete, bukannya aku yang delete kau an..pastu nak jadi friend balik, kau nak buat apa? nak stalk ke hapa? silap besar la babe..aku bukan jenis yang senang2 je nak tambah kawan ni. lagi sikit lagi bagus, senang sikit nak tapis2 ni. kalau ada ramai2 buat semak je. bia la orang nak pikir aku ni ape, sombong ke? belagak ke? kau susah apa an..yang penting aku tak pernah pon nak kacau or ambik tau pun pasal hidup kau. fair kan?

ye la..masalah kecik, tak payah la nak besar2 kan..masalah remeh ni macam masalah kentut je an. lain la kalau masalah tak boleh berak ke ape ke..haa~ ye la, emosi sikit..bukan sikit kot, banyak ni.

ntah la...sorry kalau ada yang terasa, aku cakap straight to the point sangat ke? ye la, aku silap..kena cakap lembut2 kan..tapi kalau aku cakap lembut2, kau tak paham.. kalau aku cakap berkias2, kau salah paham..bestu..aku nak cakap macam mana?

banyak masalah sebenarnya, bila kumpul semua..dah macam bukit dah..banyak sangat simpan dalam hati, yela..aku salah lagi. aku tahu. aku tak patut simpan dalam hati. tapi macam mana? aku kena banyak jage hati orang. dengan kawan baik sendiri pun aku selalu terasa, habis tu..aku kena ke penting kan diri aku ni? patut ke? aku memang susah nak jaga perasaan sendiri. aku duduk dalam komuniti yang aku sendiri tak faham.

biar lah ape nak jadi pun. aku diam je. aku cuba tak marah. cuba tak bangkitkan konflik. sabar je kut. tapi tak tahu sampai bila boleh sabar. lantak lah. lama2 reda la hati ni. aku memang teruk.

hmm...sudah lah. aku nak cari ketenangan. kat mana? aku pun tak tahu. nanti2 jumpa lah tu. bila? kejap lagi ke? ntah la.

bye.

p/s: celaru

No comments:

Post a Comment